Sepang: Pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal menyifatkan kekalahan 1-3 Harimau Malaya kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan persahabatan di Shenzhen, China kelmarin sebagai satu keputusan yang harus dibanggakan.
Ini kerana pengendali itu menegaskan Harimau Malaya mampu menyaingi dan mengancam juara Piala Teluk itu sekali pun turun tanpa lapan tonggak termasuk Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali, Aidil Zafuan Abd Radzak yang cedera.
Malah, Rajagobal menegaskan perlawanan itu pemanas badan terbaik sebelum skuad bimbingannya turun beraksi dalam perlawanan penting kelayakan Piala Asia menentang Bahrain di Stadium Shah Alam, Selasa ini.
Mampu buat kejutan
“Kita harus sedar dengan ketiadaan tonggak pasukan, bukan senang untuk kita nak lawan pasukan kuat seperti UAE. Sebelum lawan kita, UAE sudah mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas New Zealand.
“Satu perlawanan yang baik sebagai persiapan kita untuk lawan Bahrain. Saya tahu Bahrain sebuah pasukan yang kuat tetapi kita harus yakin dengan apa yang kita ada,” katanya selepas tiba bersama pasukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Sementara itu, pengurus Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, semua pihak harus sedar kekuatan yang ada pada Bahrain.
“Kita bukan pasukan pilihan, namun itu tidak bererti kita akan memberi laluan mudah kepada Bahrain. Sebaliknya, saya masih optimis kita mampu mengejutkan lawan itu,” katanya. - Sumber