KUALA TERENGGANU: T-Team akan mencari jurulatih dan penolong jurulatih yang berkaliber bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan.
Anggota Majlis Tertinggi T-Team Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata senarai nama beberapa orang jurulatih sudah ada dalam radar namun pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan mengenainya.
"Apa yang pasti, kita akan membuat pertukaran jurulatih tahun depan dan akan cuba cari yang terbaik bagi membimbing pasukan ini," katanya kepada pemberita di sini Khamis.
T-Team dibimbing oleh Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor menggantikan Peter Butler yang disingkir pada peringkat awal kempen Liga Super ekoran gagal menyerlahkan keupayaan The Titans.
Mereka menduduki tangga ketiga tercorot daripada 12 pasukan.
Wan Ahmad Nizam berkata adalah menjadi harapan pucuk pimpinan T-Team untuk melihat pasukan itu lebih mantap dan kuat tahun hadapan serta memperbaiki kelemahan yang wujud semasa saingan musim ini.
Dalam pada itu, beliau yang juga Presiden PBSNT membayangkan T-Team dan pasukan negeri akan bekerjasama dalam melahirkan pasukan berwibawa dari Terengganu musim depan.
Mengenai pengambilan pemain import, beliau berkata T-Team telah mengenal pasti seorang pemain kebangsaan Singapura untuk bersama pasukan itu musim depan. - Sumber