Info Terkini :

Penswastaan Liga Malaysia Mampu Direalisasikan

Shah Alam: Penswastaan Liga Malaysia mampu direalisasikan menjelang tahun 2015 sekiranya kesemua pihak yang berkepentingan bersedia untuk menghadapi perubahan.

Penolong Setiausaha Konfederasi Bola Sepak Asia, Windsor Paul John menyifatkan penswastaan Liga Malaysia mampu direalisasikan menjelang tahun 2015 sekiranya kesemua pihak yang berkepentingan bersedia untuk menghadapi perubahan.

Tegas Windsor ia merupakan bahagian yang paling sukar kerana pemegang amanah takut kehilangan kepentingan mereka dalam persatuan dan perkara itu harus diketepikan untuk membantu mencapai matlamat menswastakan Liga Malaysia menjelang 2015.

Beliau berkata, perubahan perlu dilakukan dan pemegang amanah perlu bersedia dan ia antara sumbangan yang paling penting untuk mencapai matlamat itu.

Sementara itu, Pengerusi Bengkel Penswastaan Liga Malaysia, Profesor Datuk Dr Abdullah Mohd Said menegaskan bengkel sehari ini menghimpunkan wakil dari persatuan negeri dan kelab serta pihak yang terlibat secara langsung seperti, wakil media, pengadil, jurulatih, pengurusan stadium dan kelab penyokong bolasepak.

Abdullah berkata, perbincangan dalam kumpulan dan pembentangan resolusi digunakan bagi mengumpul kesemua pendapat wakil untuk diserahkan kepada jawatankuasa pelaksanaan penyediaan kertas kerja penswastaan Liga

Saingan baru Liga Super dan Liga Perdana musim 2014 bakal bermula pada 18 Januari 2014. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.