Info Terkini :

Rajagobal Pening Kumpul Pemain Harimau Malaya

Kelana Jaya: Ketua jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal cuba bersikap tenang namun hakikatnya beliau berdepan masalah besar dalam mempersiapkan pasukannya menjelang perlawanan penting pusingan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain di Stadium Shah Alam, 15 Oktober ini.

Dengan hanya 11 pemain melaporkan diri bagi sesi pertama latihan pusat semalam, pengendali negara itu mengakui tiada apa yang boleh dilakukannya tanpa 17 lagi pemain yang hanya akan bersama selepas selesai perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia minggu ini.
Apabila kesemua pemain berkumpul Ahad ini, mereka akan terus berlepas ke Shenzen China bagi aksi persahabatan antarabangsa dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 9 Oktober sebagai pemanas badan sebelum menentang Bahrain bagi perlawanan kelayakan Kumpulan D Piala Asia.

“Kita tak boleh buat apa-apa, saya kena buat sesuatu, orang fikir saya bagi alasan tapi latihan ini penting untuk persiapan. Kalau saya dapat memanggil semua pemain memang bagus untuk pasukan tapi perlawanan suku akhir Piala Malaysia masih berjalan jadi kita tidak boleh buat apa-apa,” katanya semalam.

Menurutnya, tiada latihan tertentu boleh dilakukan melainkan menekankan aspek kecergasan pemain dalam tempoh lima hari sebelum kesemua pemain berkumpul.

“Bagaimana saya nak memberi fokus kepada pemain ini, saya tidak mempunyai semua pemain pertahanan, tengah dan penyerang. Apa yang kami cuba lakukan dalam tempoh lima hari ini adalah untuk meningkatkan tahap kecergasan pemain. Anda memerlukan satu unit untuk membuat latihan di bahagian pertahanan atau tengah. Saya tidak memberikan alasan tapi situasi ini semua orang perlu tahu dan faham,” kata Rajagobal.

Sebelas pemain yang mula menyertai latihan semalam membabitkan mereka dari pasukan yang sudah tersingkir daripada saingan Piala Malaysia iaitu Kedah Perak, Selangor, Negeri Sembilan manakala pemain pertahanan Harimau Muda A, Mohd Fadhli Shas dan pemain sayap kelab Jepun Ryukyu FC, Wan Zack Haikal Wan Noor diketepikan akibat kecederaan.

Ketiadaan kedua-dua pemain itu menyebabkan Rajagobal memanggil dua pemain dari senarai menunggu iaitu penyerang Harimau Muda A, Syahrul Azwari Ibrahim dan penjaga gol Kedah, Abd Hadi Hamid bagi melengkapkan senarai 11 pemain itu.

Rajagobal berharap baki 17 pemain yang bakal melaporkan diri hujung minggu ini berada dalam keadaan terbaik biarpun diakui terdedah dengan faktor kepenatan dan kecederaan selepas beraksi dalam Piala Malaysia bersama pasukan masing-masing.

“Kita tak tahu keadaan pemain sebab 6 Oktober ini kita akan terus ke China. Kita perlukan semua pemain ini yang biasa dengan kita untuk perlawanan persahabatan dengan UAE di sana,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.