Dari kaca televisyen ke padang bola! Pengulas bola sepak, Azlan Johar disunting T-Team untuk memantapkan persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia bermula Selasa ini.
Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Ab Rasid Jusoh mengesahkan tawaran sudah dibuat dan bekas pemain Terengganu berusia 50 tahun itu dijangka menandatangani kontrak dengan pasukan Titans hari ini.
“Kalau tiada aral, Azlan yang memiliki lesen kejurulatihan kelas A akan membantu ketua jurulatih (Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Noor) dalam kempen Piala Malaysia nanti.
“Kami yakin dengan pengalaman yang dimilikinya dalam dan luar padang sebagai pemain, jurulatih dan pengulas, ia dapat membantu pasukan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang,” katanya.
Menurut Ab Rasid, T-Team mengalu-alukan kehadiran Azlan yang mewakili Terengganu dari 1987 sehingga 1989 bagi merealisasikan sasaran bukan sahaja melepasi halangan peringkat kumpulan malah mara ke final Piala Malaysia.
“Sasaran awal kami di awal musim untuk meraih sebuah piala masih belum berubah dan saingan Piala Malaysia kini menjadi harapan terakhir selepas gagal dalam kempen Piala FA dan hampir sahaja tersingkir ke Liga Perdana baru-baru ini.
“Semuanya masih belum terlambat dan kami sudah melakukan persiapan terbaik dari segi latihan fizikal dan mental selain mengambil Azlan sebagai penolong jurulatih,” katanya.
Menurutnya, T-Team yang diundi dalam kumpulan B bersama Johor Darul Takzim (Johor DT), Selangor PKNS dan FELDA United FC bukanlah pasukan pilihan untuk mara ke suku akhir.
“Sudah sepatutnya kami dianggap ‘underdogs’ kerana dalam saingan Liga Super musim ini, kami tewas dalam semua perlawanan menentang Johor DT dan Selangor PKNS.
“Namun perlu diingat Piala Malaysia bukan seperti saingan Liga Super kerana semua pasukan mempunyai motivasi tersendiri dan sudah pasti persembahan awal musim tidak boleh lagi diambil kira,” katanya.
Ab Rasid juga menjangkakan FELDA United yang jatuh ke Liga Perdana musim depan juga tidak boleh dipandang remeh kerana mereka mahu membuktikan masih mampu bermain di peringkat tertinggi.
“Kami akan menentang FELDA United pada perlawanan pembukaan nanti dan perlu lebih berhati-hati,” katanya. - Sumber