Info Terkini :

Rajagobal Bangga Dengan Aksi Harimau Malaya

Jurulatih Malaysia, Datuk K.Rajagobal berbangga dengan aksi pasukannya yang berjaya mengutip satu mata dengan Bahrain pada aksi kelayakan Piala Asia 2015 pada Selasa malam.

Bahrain mendahului perlawanan pada separuh masa pertama dan Norshahrul Idlan menyamakan kedudukan pada minit ke-70 dengan jaringan yang cantik.
Walaupun hanya mengutip satu mata, Rajagoba berpuas hati dengan persembahan anak buahnya.

"Saya rasa ini perlawanan terbaik kami di peringkat kelayakan setakat ini. Para pemain menunjukkan komitmen yang baik dan kami sepatutnya mengutip tiga mata, tetapi satu mata dengan pasukan seperti Bahrain adalah memuaskan.

"Kami akan bertemu mereka sekali lagi bulan depan. Tidak akan mudah, tetapi jka pemain percaya diri mereka, semuanya tidak mustahil," kata Rajagobal.
Beliau turut memuji Norshahrul yang telah mengutip mata penting untuk Harimau Malaya.

"Norshahrul beraksi dengan amat baik. Dia tidak bersama kami ke China, tetapi tetap memberikan persembahan yang hebat. Kapten, Safiq juga beraksi dengan baik begitu juga Amri walaupun telah berumur, masih menunjukkan semangat tinggi."

Tambahnya lagi: "Kami kenal pasukan seperti Qatar dan Bahrain, mereka akan mengasak kami. Tetapi kami menangani situasi dengan baik dan saya rasa tempo kami terlalu tinggi untuk mereka. Pada babak kedua ramai pemain mereka yang kekejangan otot."

Rajagobal juga sempat mempertahankan pilihan pemainnya dan menyelar pengkritik.
"Semua mengatakan saya suka bereksperimen. Saya tidak tahu dari mana datangnya perkataan ini. Apabila seseorang pemain cedera, pemain yang lain harus menggantikannya. Mahali cedera, jadi Reuben menggantikannya. Fadhli cedera jadi Taj menjadi pengganti.

"Jika anda tidak memberikan pemain-pemain peluang, mereka tidak akan mempunyai peluang untuk membuktikan diri mereka," katanya lagi. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.