Info Terkini :

Dua Pemain Harimau Muda A & B Bakal Ke FC Ryukyu

PETALING JAYA: Dua pemain masing-masing daripada skuad kebangsaan Harimau Muda A (bawah 23 tahun) dan Harimau Muda B (bawah 21 tahun) dijangka mengikat kontrak bersama kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu, tahun depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin bagaimanapun enggan mendedahkan identiti kedua-dua pemain berkenaan memandangkan pihaknya masih mengadakan perbincangan lanjut dengan kelab yang berpangkalan di Okinawa itu mengenai kontrak yang bakal ditandatangani.

"Kita (FAM) akan memaklumkan mengenai perkara ini apabila tiba masanya nanti," katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Hamidin berkata kelab berkenaan sedia menampung semua perbelanjaan bagi merawat kecederaan yang dialami oleh pemain sayap kebangsaan, Wan Zack Haikal Wan Nor yang kini beraksi bersama mereka.

Wan Zack Haikal yang mengikat kontrak bersama kelab Jepun itu selama dua tahun sehingga Mac 2015 dilaporkan mengalami kecederaan lutut yang dikenali sebagai 'anterior cruciate ligament' (ACL) dan dijangka memerlukan sekurang-kurangnya sembilan bulan untuk pulih sepenuhnya.

"Dalam mesyuarat bersama Naib Presiden FC Ryukyu, Sotaro Shinoda, semalam, FAM dimaklumkan bahawa kelab itu akan menanggung segala perbelanjaan pembedahan Wan Zack Haikal yang akan dijalankan di sini minggu depan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Hamidin berkata FAM berhasrat membawa pasukan Harimau Muda A, Harimau Muda B dan Harimau Muda C (bawah 19 tahun kebangsaan) menimba pengalaman beraksi dalam liga luar negara, tahun depan iaitu Brazil, Australia dan Slovakia.

"Jika tiada peluang ke luar negara, kita akan hantar Harimau Muda A beraksi kembali di Singapura, Harimau Muda B beraksi dalam Liga Perdana manakala Harimau Muda C kekal dalam Liga FAM.

"Semua ini masih di peringkat perbincangan...sebab itu, kita perlu lihat daripada aspek kewangan dan faedah yang akan diperolehi oleh tiga pasukan itu. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.