Info Terkini :

Harimau Malaya Terima Undangan Kuwait

Kelana Jaya: Skuad Harimau Malaya berpeluang untuk memanaskan badan sebelum menentang Bahrain pada aksi kelayakan Piala Asia 2015 pada 15 November depan apabila skuad kendalian Datuk K Rajagobal itu menerima undangan Kuwait bagi aksi perlawanan persahabatan antarabangsa.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin, pihaknya sudah menerima permohonan Kuwait untuk mengadakan perlawanan pada 8 November depan yang dianggap peluang terbaik untuk Rajagobal membuat persiapan terakhir sebelum membuat perhitungan dengan Bahrain pada perlawanan kelayakan Piala Asia Kumpulan D.
“Persatuan Bola Sepak Kuwait menjemput kita untuk beraksi dalam satu perlawanan persahabatan. Mereka akan menanggung segala perbelanjaan pasukan kebangsaan bagi perlawanan itu. Skuad kebangsaan akan pergi ke Kuwait pada 6 November dan akan bermain pada 8 November.

“Selepas itu skuad negara akan berlepas ke Manama, Bahrain bagi sesi latihan awal pada 9 November sebelum perlawanan sebenar dengan Bahrain pada 15 November,” katanya pada sidang akhbar Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus, Astro Arena dan FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan Bahrain di Stadium Shah Alam kelmarin, Rajagobal mempunyai masa hampir sebulan membuat percaturan sebelum membuat perhitungan sekali lagi dengan anak buah Anthony Hudson itu bagi memburu tempat kelayakan automatik ke Piala Asia 2015 di Australia.

Satu mata yang diraih dalam perlawanan kelmarin meletakkan Malaysia di tangga ketiga Kumpulan D dengan mengumpul empat mata, tiga mata di belakang pendahulu Bahrain dan dua mata dengan Qatar di tempat kedua.

Bagi Hamidin, beliau mengharapkan kebangkitan Harimau Malaya untuk mengutip mata maksimum dalam baki tiga lagi perlawanan peringkat kumpulan untuk mendapat salah satu daripada dua slot automatik ke Australia.

Dan jika gagal, anak buah Rajagobal masih berpeluang untuk merebut tiket pasukan ketiga terbaik keseluruhan daripada lima kumpulan. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.