SHAH ALAM - Kejayaan mengikat Bahrain 1-1 belum memadai buat Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang menganggap Harimau Malaya sepatutnya muncul pemenang sebaik perlawanan berakhir di Stadium Shah Alam, semalam.
Bukannya tidak gembira, namun beliau mengingatkan yang Harimau Malaya bakal menempuh ujian sukar kerana perlu beraksi dua kali di tempat lawan daripada baki tiga perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2015.
Pada 15 November, Malaysia akan bertandang ke Manama untuk menentang Bahrain sekali lagi, sebelum bertemu Yemen pada 5 Mac tahun depan.
Malah, beliau sempat berpesan kepada pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal agar mengasah lagi jentera serangan pada perlawanan akan datang.
''Saya kurang gembira. Kita sepatutnya kena menang pada malam tadi kerana beraksi di tempat sendiri, sekali gus mencerahkan laluan kita untuk layak.
''Tambahan kita akan beraksi pada dua perlawanan di tempat lawan selepas ini, saya fikir ini bukan satu keputusan yang baik kerana aksi di luar pasti lebih sukar.
''Walaupun begitu, perjuangan kita masih belum berakhir dan saya telah mengingatkan kepada Rajagobal agar memantapkan lagi bahagian serangan, " katanya yang ditemui oleh pihak media selepas perlawanan antara Malaysia dan Bahrain, semalam.
Sementara itu, Rajagobal jelas lega dengan keputusan seri itu kerana sekurang-kurangnya meletakkan Malaysia masih berada dalam landasan untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia.
Beliau juga memuji aksi yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya sambil melabelkan itu adalah aksi paling baik pernah ditunjukkan sepanjang tiga perlawanan pertama Kumpulan D.
''Inilah aksi terbaik kita sepanjang pusingan kelayakan Piala Asia kerana pemain begitu komited sepanjang permainan dan saya berbangga dengan apa yang mereka tunjukkan.
''Keputusan ini adalah satu keputusan yang baik buat legasi bola sepak Malaysia kerana kita berjaya meraih mata ke atas salah satu pasukan terbaik di Asia.
''Memang kita sepatutnya boleh meraih tiga mata jika dapat memanfaatkan peluang, namun dalam bola sepak apa-apa boleh terjadi, malah kita boleh kalah dalam perlawanan tadi.
''Apa yang penting, keputusan ini akan memberikan keyakinan kepada semua pemain bagi menghadapi tiga perlawanan akan datang, " katanya pada sidang akhbar perlawanan Malaysia dan Bahrain, semalam. - Sumber