Info Terkini :

Peluang Rajagobal Eksperimen Dengan UAE

Kelana Jaya: Pengendali skuad senior negara Datuk K Rajagobal berpeluang untuk terus melakukan eksperimen apabila menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Shenzhen, China malam ini.

Peluang itu hadir selepas aksi persahabatan itu dijadikan perlawanan biasa dan bukannya pertemuan berstatus A.

Justeru ia memberi peluang kepada Rajagobal menukar keseluruhan pemain seandainya merasakan perlu pada perlawanan pemanas badan terakhir sebelum aksi getir menentang Bahrain di tanah air.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin ketika ditanya mengenai status perlawanan berkenaan menjelaskan pertemuan menentang negara Asia Barat berkenaan adalah aksi persahabatan biasa dan tidak memberikan mata bagi mengubah kedudukan ranking skuad negara.

“Ia perlawanan persahabatan biasa, bukan perlawanan berstatus A. Ia atas permintaan UAE. Sekiranya mahu mengadakan perlawanan berstatus A, kedua-dua pasukan terbabit perlu bersetuju,” katanya.

Skuad negara dijangka berdepan tugas besar apabila tampil menentang UAE yang memiliki reputasi cemerlang apabila tidak tewas dalam 13 perlawanan setakat ini dengan Laos menjadi mangsa terbaru apabila kecundang 2-0 beberapa hari lalu.

UAE yang berada di China untuk kem latihan dua minggu turut berada dalam persiapan menghadapi kelayakan Piala Asia 2015 menentang Hong Kong pada minggu depan.

Malaysia pula berada dalam fasa akhir untuk menentang Bahrain di Stadium Shah Alam pada Selasa depan.

Tugas skuad negara turut dilihat sukar apabila sebahagian pemain utama dilaporkan dibelenggu kecederaan seperti Safee Sali, Shakir Shaari, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Nik Shahrul Azim Ab Halim selain Norshahrul Idlan Talaha dan Wan Zack Haikal Wan Noor.

Menurut laman web FIFA pertemuan terakhir Malaysia menentang UAE adalah pada Januari 2010 dalam pertemuan kelayakan Piala Asia 2011 dengan lawan menang tipis 1-0.

Skuad Rajagobal tempang lagi

Kuala Lumpur: Kecederaan pemain tonggak bukan perkara asing buat pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang sekali lagi terpaksa mengharungi kem latihan menjelang pertemuan penting kelayakan Piala Asia 2015 Selasa ini dengan skuad tempang.

Ketika perlawanan pertama peringkat Kumpulan D bertemu Qatar di Doha Februari lalu, Malaysia tumpas 2-0 dengan skuad yang dikatakan Rajagobal, hilang sengat akibat kehilangan sembilan pemain tonggak yang sering menjadi pilihannya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.