Info Terkini :

Ong Kim Swee Bakal Terima Gelaran Datuk

Pengendali skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee dilaporkan bakal menerima gelaran "Datuk" pada Ahad ini.

Spekulasi mengaitkan darjah penganugerahan Datuk kepada jurulatih yang berasal dari Melaka itu menjadi bualan ramai berikutan sumbangan beliau yang banyak membantu Harimau Muda mengecap pelbagai kejayaan.

Antara sumbangan besar beliau adalah membantu Harimau Muda mempertahankan pingat emas temasya Sukan SEA di Jakarta, Indonesia bulan lalu.

Khabar angin itu tersebar meluas sejak minggu lalu dan kini ia hampir pasti apabila orang kuat FAM mengesahkan perkara berkenaan siang tadi.

Sedikit sebanyak mengenai Kim Swee, beliau memulakan kerjaya bola sepaknya sebagai pemain dengan menyertai pasukan Melaka pada awal 90-an.

Pada 1993, Kim Swee menyertai Sarawak FA yang mana beliau bermain selama dua musim sebelum berpindah ke Sabah FA pada akhir 1994. Dengan Sabah beliau memenangi Piala FA Malaysia pada 1995 dan Liga M pada 1996.

Selain menyertai pasukan Olimpik Malaysia yang digelar Barcelona 1992 di bawah jurulatih Chow Kwai Lam, beliau turut menyertai skuad negara bagi Sukan Asia 1994 dan juga bermain bagi Pilihan Malaysia yang berjaya mengikat kelab Flamengo 1-1 di dalam perlawanan persahabatan pada tahun 1995.

Dalam kerjaya sebagai jurulatih, Kim Swee pernah melatih pasukan Melaka pada tahun 2005. Pada tahun 2009, Kim Swee mengambil alih ketua jurulatih Harimau Muda daripada Datuk K. Rajagopal dan memenangi Liga Perdana Malaysia dengan Harimau Muda pada tahun tersebut. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.