Info Terkini :

Isu Kontrak Pemain, Tumpu Sukan SEA : Kim Swee

Kelana Jaya: Sembilan pemain Harimau Muda A diberi masa hingga hujung bulan ini bagi menyelesaikan rundingan dengan pasukan negeri atau kelab baru untuk diwakili mereka dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) musim depan demi memastikan persiapan skuad B-23 negara ke Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember ini tidak terganggu.

Tiga pemain berusia 23 tahun - Izzaq Faris Ramlan, Syahid Zaidon dan Hazwan Rahman - sudah pasti perlu kembali ke pasukan negeri asal kerana mereka sudah melebihi usia untuk terus bersama Harimau Muda A, tahun depan.

Manakala baki enam pemain - Irfan Fazail, Fadhli Shas, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, A Thamil Arasu, Ahmad Hazwan Bakri dan penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan yang berusia 22 tahun diberi pilihan untuk kekal bersama Harimau Muda A atau kembali ke pasukan negeri asal.

“Pada ketika ini, bukan saja pemain utama Harimau Muda A ini, malah penjaga gol ketiga dihubungi banyak pasukan negeri dan kelab untuk mendapatkan khidmatnya.

"Senarai pemain yang dilepaskan atau mereka diberi pilihan untuk kekal bersama Harimau Muda A atau kembali ke pasukan negeri"

17 pemain kekal

“Saya tak mahu fokus dan persiapan untuk Sukan SEA terjejas, sebab itulah kami benarkan perbincangan terhadap sembilan pemain ini dilakukan segera dan ia perlu diselesaikan hujung bulan ini, bukannya hujung November.

“Jadi awal November semua pemain sudah boleh beri fokus kepada persiapan Sukan SEA kerana tugas kita cukup berat untuk mempertahankan pingat emas,” kata jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.
Namun Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan bahawa baki 17 pemain lain dalam skuad Harimau Muda A yang berusia antara 17 hingga 21 tahun kecuali Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (22 tahun) yang masih berbaki kontrak setahun, akan dilanjutkan kontrak mereka untuk terus bersama Harimau Muda A, tahun depan.

“Buat sembilan pemain yang dilepaskan FAM, mereka perlu balik ke pasukan negeri asal dan jika ada pertikaian contohnya mereka mahu beraksi bersama negeri atau kelab lain, FAM akan beri kata putus status mereka mengikut peraturan yang kita ada,” katanya.

Hamidin turut menyatakan untuk tahun depan, skuad Harimau Muda A kemungkinan akan berkampung sama ada di Slovakia, Brazil atau Australia sebagai persiapan menghadapi Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.