Info Terkini :

PBSNT Umum Ketua Jurulatih 09 Oktober 2013

Kuala Terengganu : TEKA-TEKI siapa bakal mengemudi pasukan Terengganu musim depan bakal terjawab apabila Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan mengumumkan ketua jurulatih baru Skuad Penyu pada satu majlis perjanjian persefahaman yang dijadualkan berlangsung pada jam 11 pagi esok.

Sebelum ini, desas-desus dikalangan peminat mengatakan ketua jurulatih Selangor PKNS, Abdul Rahman akan mengambil tugas pengendali Terengganu musim ini E. Elaverasan selepas PBSNT membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak bekas pengendali Felda United itu musim depan.

Begitu pun, Abdul Rahman yang sebelum ini pernah membimbing pasukan Terengganu untuk dua musim iaitu mulai 1983 itu mengakui beliau ada menerima tawaran daripada PBSNT untuk melatih Skuad Penyu bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

"Kelibat Abdul Rahman Ibrahim di Pejabat PBSNT tengahari semalam" 
Gambar: Media Turtle

"Ya saya akui sememangnya PBSNT ada membuat tawaran kepada saya membimbing pasukan Terengganu musim depan, namun ketika itu saya tidak memberikan keputusan muktamad kerana sibuk menghadapi kempen Piala Malaysia," katanya.

Pengendali kelahiran Terengganu berusia 67 tahun itu berkata, kontraknya bersama PKNS akan tamat November ini dan beliau telah membuat keputusan tidak menyambungnya lagi selepas lima musim membimbing pasukan itu sejak 2009.

Menurutnya, beliau sudah memaklumkan kepada majikannya (PKNS) untuk tidak menyambung kontraknya kerana berhasrat bersara daripada arena kejurulatihan.

"Bagaimanapun, PBSNT menghubungi saya dan meminta saya membimbing pasukan Terengganu. Sebenarnya saya tidak merancang melatih pasukan ini kerana ingin berehat.

"Tapi saya tak sangka pula khidmat saya masih diperlukan lagi. Saya terima tawaran ini kerana fikirkan Terengganu negeri kelahiran saya, jika pasukan lain.. saya sememangnya sudah tolak," katanya.

Difahamkan, Abdul Rahman akan dibantu pengendali T-Team, Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor sebagai penolong jurulatih bagi mengharungi Liga M musim depan.
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.