Info Terkini :

Ong Kim Swee Nekad Akhiri 'Gangguan Dalaman'

Kuala Lumpur: Pengendali bawah 23 tahun negara Ong Kim Swee mahu menamatkan segera usaha ‘pancing-memancing’ pasukan luar terhadap pemain Harimau Muda A yang kini menggalas tugas besar untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA, Disember ini.

Pemain Harimau Muda A dilapor menarik minat pasukan tempatan susulan prestasi baik dipamerkan mereka selepas mendapat pendedahan di tahap tertinggi seperti tempoh latihan yang panjang di Eropah.

“Saya berharap selepas ini, pemain akan mampu fokus terhadap Sukan SEA. Tiada lagi ‘gangguan dalaman’ mengganggu mereka kerana masa semakin suntuk untuk mempersiapkan pemain agar berada pada tahap terbaik.

“Satu pengumuman penting akan dibuat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai perkara ini esok (hari ini) membabitkan masa depan pemain selain perancangan mengenai latihan fasa akhir skuad bawah 23 tahun,” kata Kim Swee yang masih segar dengan kejayaan menjulang Pestabola Merdeka bulan lalu.

Sebelum ini Johor Darul Takzim (DT) dilapor berhasrat memancing tiga tonggak utama skuad berkenaan iaitu kapten pasukan Irfan Fazail, Fadhli Mohd Shas dan Fandi Othman dengan semua pemain berkenaan masih layak untuk bersama skuad negara sehingga tahun depan.

Namun tiga pemain pertahanan Muhd Hazwan Rahman, pemain tengah Mohd Syahid Zaidon dan penyerang Izzaq Faris Ramlan pasti dilepaskan kerana berusia 23 tahun.

Mengenai usaha tuan rumah Sukan SEA, Myanmar yang menawarkan ganjaran lumayan terhadap barisan pemainnya bagi memberi rangsangan seandainya berjaya meraih pingat emas di Naypitaw, Kim Swee berkata, ia tidak mencetuskan kebimbangannya.

“Ia perkara biasa. Indonesia pernah melakukan perkara sama ketika kita bertemu mereka di final pada 2011 di Jakarta, namun pemain negara tetap berjaya menewaskan mereka untuk memenangi pingat emas.

Tiada apa yang perlu saya bimbangkan kerana paling mustahak kami memberikan tumpuan kepada persiapan sendiri,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.