Info Terkini :

Jangan Cuba Ganggu Pemain Terengganu - MB

Kuala Terengganu: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd. Rahman melaungkan amaran supaya semua pihak jangan menganggu fokus pemain Terengganu yang akan beraksi pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia esok.

Ia berikutan khabar angin mengatakan dua tonggak Terengganu yang dilaporkan berkemungkinan akan berhijrah ke pasukan Johor Darul Ta'zim musim depan

"Kita tak nak pemain diganggu dan dalam keadaan bersiap sedia, kita bertanding secara gentleman, jangan ganggu pemain Terengganu dalam sehari dua ini," katanya ketika ditemui Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu petang tadi.

Makluman daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Ahmad Razif berkata buat masa ini tiada pemain Terengganu yang akan berhijrah dan beliau menasihatkan supaya pemain tidak terpengaruh dengan aktiviti perang psikologi menjelang aksi esok.

"Saya harap pemain tidak terpengaruh dengan serangan psikologi yang dilaksanakan oleh pihak lawan yang mahu membeli dua pemain, mana tau pemain Johor pula yang akan berhijrah.

Bermainlah dengan semangat kesukanan tinggi, menang kalah itu soal yang kedua dan tunjukkan kepada rakyat Malaysia semangat kesukanan yang menyatukan sesama kita," katanya

Ahmad Razif berkeyakinan pasukan Terengganu akan menunjukkan prestasi terbaik dan yakin akan memperoleh kejayaan, beliau tidak menunjuk sebarang kebimbangan terhadap pasukan Terengganu.

"Saya mempunyai keyakinan penuh dengan gabungan semangat semua pemain, jurulatih, pegawai kejurulatihan, kerajaan negeri dan rakyat menjadi formula utama bola sepak Terengganu.

Menjelang suku akhir kedua Piala Malaysia, segala isu berbangkit telah menampakan sifat profesional dan kematangan pasukan Terengganu."

Kerajaan negeri menyediakan tayangan secara langsung perlawanan suku akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan turut diadakan cabutan bertuah kepada penonton yang hadir.


Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.