Info Terkini :

Habuan Menanti Skuad Terengganu

KERAJAAN negeri Terengganu akan memberi insentif kepada para pegawai dan pemain Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sekiranya dapat menjulang Piala Malaysia pada musim ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, beliau berjanji akan menyediakan insentif kepada pegawai dan para pemain jika berjaya membawa pulang Piala Malaysia.

"Sudah tentu untuk pemain akan sediakan insentif. Janji saya sebagai Menteri Besar akan memberi insentif kepada para pemain dan pegawai jika berjaya membawa pulang Piala Malaysia," katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Razif tidak memaklumkan bentuk insentif yang akan diberikan kepada para pemain dan pegawai PBSNT itu.

"Kita perlu melakar kemenangan dalam perlawanan suku akhir menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) terlebih dahulu," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana tidak dapat memenuhi janji menyediakan 50 bas dan 2,000 tiket kepada penyokong setia bola sepak Terengganu. - KOSMO
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.