Info Terkini :

Skuad Penyu Layak Ke Suku Akhir Piala Malaysia

Kuala Terengganu: Skuad Penyu terpaksa berhempas-pulas sebelum layak ke suku akhir selepas seri 0-0 menentang Sarawak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.

Namun corak permainan hambar kedua-dua pasukan ternyata membosankan peminat dengan bola hanya berlegar di kawasan tengah tanpa sebarang percubaan menarik.

Bagaimanapun memasuki minit ke-9 perlawanan, penguasaan pasukan tuan rumah mula terserlah dengan percubaan pertama menerusi Abdul Manaf Mamat sedikit tersasar. di sebelah kanan pintu gol pelawat. Berselang 10 minit selepas itu, Mohd Ashari Samsuddin sekali lagi menguji pintu gol pelawat menerusi tandukan cantik hasil hantaran Abdul Manaf, namun gagal menemui gawang skuad pelawat yang dikawal penjaga gol Aidil Muhammad.

Pasukan pelawat yang mengamalkan corak bertahan hanya memperolehi dua peluang menerusi bekas penyerang kebangsaan Akmal Rizal Mohd Rakhli namun berjaya dipatahkan pertahanan tuan rumah yang diketuai kapten Hasmizan Kamaroddin. Perubahan taktikal serta kemasukan Zairo Anuar Zailani dan Mohd Faiz Subri berjaya menghidupkan enjin pasukan tuan rumah namun tetap buntu mencari jaringan. - Harian Metro
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.