Info Terkini :

T-Team Perlu “Gari” Pergerakan Ashfaq Ali

BENTENG pertahanan pasukan T-Team perlu merantai pergerakan jentera serangan PDRM, Ashfaq Ali jika berhajat untuk meraih kemenangan ketika turun menentang skuad The Cops dalam perlawanan ketiga Kumpulan D saingan Piala Malaysia di Stadium Paroi, Seremban, malam nanti.

Pengendalinya, Anuar Abu Bakar mengakui penyerang berusia 29 itu memiliki ketajaman penyudah yang baik dan menjadi ancaman buat skuad kendaliannya jika perkara itu tidak diberi perhatian, khususnya di bahagian pertahanan.

Justeru, beliau akan memperkemaskan benteng pertahanan yang kini dilihat mudah dibolosi pasukan lawan dalam dua perlawanan sebelum ini.

“Bagaimanapun masalah itu mampu diatasi dengan baik kerana pasukan kita juga mempunyai barisan pertahanan yang berpengalaman terutamanya kapten pasukan, Marzuki Yusof dan beberapa lagi pemain. Cuma saya harap mereka tidak mudah hilang fokus dan berusaha untuk
mengurangkan kesilapan mudah sebagaimana sebelum ini.

“Malah saya juga telah mengkaji bagaimana mahu menyaingi kemampuan jentera serangan mereka (PDRM), dan berharap apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik pada pertemuan itu nanti,” katanya.

Dalam pada itu, bekas pengendali pasukan PKNS FC itu berkata, pada perlawanan itu nanti beliau telah membuat perancangan yang lebih rapi dan komprehensif dalam semua aspek permainan, memandangkan ketika ini moral pasukan lawan berada pada tahap terbaik kerana mereka meraih dua kemenangan berturut-turut.

“Jadi saya akan memberi tumpuan lebih kepada taktikal pemain, selain terus memberi suntikan moral kepada pasukan dari masa ke masa dalam menyemarakkan semangat juang mereka ketika di atas padang.

“Apa yang saya ingin tekankan agar pemain dapat meneruskan momentum kemenangan mereka tempoh hari, dan sentiasa berwaspada dengan setiap ancaman yang bakal disajikan pasukan lawan,” katanya.

Mengulas prestasi penyerang import, Anuar berkata, beliau sedikit kecewa dengan beberapa pemain khususnya di bahagian serangan yang dilihat masih tidak memberikan prestasi memuaskan sebagai seorang penyerang.

Katanya, perkara sedemikian tidak seharusnya berlaku kerana sebagai pemain profesional, mereka perlu mempamerkan aksi lebih berkualiti setanding dengan bayaran diterima mereka.

“Buat masa ini, saya lihat hanya dua pemain import kita yang begitu ketara gagal membantu pasukan dalam dua perlawanan sebelum ini.

"Mereka bukan sahaja sering hilang bola, malah gagal manfaatkan peluang di depan gol.

“Apa pun saya akan berusaha membuat sesuatu dan memperbaiki keadaan ini agar ia tidak terus menghantui pasukan,” katanya. - Sinar Harian
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.