Kuala Terengganu: Penyerang Terengganu yang dilabel ‘pembunuh senyap’ (silent killer), Mohd Ashari Samsuddin mengaku kemaruk jaringan dan bertekad memperagakan aksi cemerlang membantu pasukannya mencatat kemenangan kedua bertemu Perak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam ini.
“Sekiranya diturunkan, saya akan memberikan aksi terbaik.
Selain itu, saya juga harap kami tidak melepaskan peluang beraksi di laman sendiri dengan mempamerkan aksi konsisten,” katanya yang mengidam mara ke final musim ini.
Ashari yang meledak dua gol ketika menewaskan Kedah 3-2 bagaimanapun mengaku lawan bukan mudah dijinakkan kerana mempamerkan corak konsisten selain menghuni tempat teratas kumpulan.
“Kami perlu waspada, namun jika beraksi pada tahap terbaik dan bijak menggunakan peluang, saya yakin kemenangan mampu dicapai,” katanya. - Harian Metro