Info Terkini :

Ong Kim Swee Kenal Pasti Pemain Senior Ke Sukan Asia

Persiapan terakhir Harimau Muda menghadapi cabaran Sukan Asia di Incheon kelihatan positif apabila Datuk Ong Kim Swee merancang untuk membawa masuk tiga pemain berusia lebih daripada 23 tahun.
Jurulatih Harimau Muda Datuk Ong Kim Swee telah mengenal pasti lima calon lebih usia dalam sesi pemilihan nanti sebelum diserap ke dalam skuad 20 pemain.

Pemain yang dipanggil menyertai latihan itu terdiri daripada dua pemain Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan dan S. Subramaniam,  pemain tengah Kelantan Brendan Gan, Bobby Gonzales dari pasukan PDRM serta Mohd Nor Farhan Muhammad dari pasukan Terengganu.

Keputusan Kim Swee untuk memanggil para pemain tersebut menyertai latihan berdasarkan kepentingan posisi mereka untuk memperkuatkan skuad Harimau Muda.

Kim Swee juga memberitahu, beliau sudah mengenali kebolehan lima pemain terbabit kerana pernah mengendali mereka sebelum ini.

Seramai 25 pemain menjalani latihan intensif sebelum pemilihan terakhir skuad 20 pemain pilihannya untuk berangkat ke Korea Selatan bagi menghadapi kejohanan yang dijadualkan berlangsung September nanti.  - Arena
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.