Info Terkini :

Jadual Piala Malaysia 'Mendera' Pemain - Abdul Rahman

KUALA LUMPUR - Dua bekas jurulatih kebangsaan, Abdul Rahman Ibrahim dan B. Sathianathan awal-awal lagi membayangkan betapa keletihan dan risiko cedera bakal menanti pemain-pemain mereka apabila tirai saingan Piala Malaysia 2014 disingkap pada 13 Ogos ini.

Abdul Rahman menyifatkan Kumpulan B yang menempatkan pasukannya, Terengganu sebagai yang paling susah daripada segi jarak dan masa perjalanan apabila terpaksa bertandang ke Sarawak, Perak dan Kedah, berbanding pasukan dalam tiga kumpulan lain.

"Perjalanan jauh kami bakal memakan banyak masa jika selepas terbang ke Sarawak dan pulang, kerana pemain perlu cuba memulihkan diri dalam masa yang terhad dan mungkin kepenatan menjelang perlawanan berikutnya," katanya selepas majlis undian Piala Malaysia di Dewan Perdana Institut Sukan Negara, Bukit Jalil semalam.

Jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sathianathan pula turut mengandaikan satu tugas perit buat jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh dalam memanggil pemain bagi latihan pusat ke siri persahabatan dan Kejohanan AFF gara-gara kepadatan jadual pertandingan Piala Malaysia edisi ke-48.

Sathianathan yang sedar akan dikecam kerana kelantangan mulutnya, turut menyarankan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dianggotai pemain dan jurulatih yang dianggap lebih arif dengan keperluan rehat dan pemulihan selepas beraksi.

"Saya juga berasa undian Piala Malaysia patut dijalankan lebih awal iaitu sebaik sahaja liga kita berakhir. Sukar saya hendak merancang perlawanan pemanas badan selepas liga kerana undian (Piala Malaysia) lambat dibuat dan kami tidak tahu siapa lawan kami (ketika itu)," katanya.

Bagaimanapun, berikut adalah tarikh perlawanan Piala Malaysia 2014



Peringkat Kumpulan:

Perlawanan 1
Rabu, 13 Ogos 2014
Khamis, 14 Ogos 2014

Perlawanan 2
Selasa, 19 Ogos 2014
Rabu, 20 Ogos 2014

Perlawanan 3
Jumaat, 22 Ogos 2014
Sabtu, 23 Ogos 2014

Perlawanan 4
Selasa, 26 Ogos 2014
Rabu, 27 Ogos 2014

Perlawanan 5
Jumaat, 29 Ogos 2014
Sabtu, 30 Ogos 2014

Perlawanan 6
Selasa, 2 September 2014
Rabu, 3 September 2014

Peringkat Suku Akhir:

Perlawanan Suku Akhir 1
Jumaat, 3 Oktober 2014
Sabtu, 4 Oktober 2014

Perlawanan Suku Akhir 2
Jumaat, 17 Oktober 2014
Sabtu, 18 Oktober 2014

Peringkat Separuh Akhir:

Perlawanan Separuh Akhir 1
Jumaat, 24 Oktober 2014
Sabtu, 25 Oktober 2014

Perlawanan Separuh Akhir 2
Jumaat, 31 Oktober 2014
Sabtu, 1 November 2014

Perlawanan Akhir:

Sabtu, 8 November 2014

Utusan & Berita Harian
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.