Info Terkini :

Sokong Ong Kim Swee Jurulatih Harimau Malaya

Kuala Lumpur: Peluang ketua jurulatih sementara negara, Datuk Ong Kim Swee untuk dilantik pengendali tetap semakin cerah apabila mendapat sokongan sebahagian besar bekas pemain kebangsaan yang hadir dalam satu perjumpaan dengan barisan kepimpinan baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kelmarin.

Walaupun tidak menyatakan sokongan secara terang-terangan kepada Kim Swee, sebahagian besar pandangan bekas pemain kebangsaan itu berpendapat jurulatih tempatan patut diberi peluang mengendalikan Harimau Malaya dalam tempoh terdekat berbanding jurulatih asing pada pertemuan yang diketuai Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Affendi Hamzah dan Datuk Mokhtar Ahmad itu.

Malah nama pengendali PDRM Dollah Salleh turut dikaitkan dengan jawatan berkenaan.

“Perjumpaan itu untuk mengetahui pandangan bekas pemain kebangsaan mengenai siapa yang patut mengisi jawatan ketua jurulatih negara bagi menggantikan Datuk K Rajagobal. Kelihatan mereka lebih memilih jurulatih tempatan dengan alasan komunikasi membabitkan bahasa menjadi halangan untuk mengambil pengendali luar.

“FAM sudah mendapat Pengarah Teknikal yang baru Fritz Schmid. Kami bimbang jika jurulatih asing dilantik, kedua-duanya tidak mencapai persefahaman sepatutnya sedangkan Piala AFF semakin hampir,” menurut sumber.

Kim Swee yang juga ketua jurulatih bawah 23 tahun negara dilantik mengendalikan tugas berkenaan bagi menggantikan Rajagobal dan dilihat berjaya memberi suntikan positif terutamanya selepas menewaskan Yaman 2-1 dalam aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2015.

Malah dalam dua aksi persahabatan menentang Filipina, skuad negara tidak tewas apabila mencatatkan dua keputusan seri.

FAM sebelum ini dilapor sudah menyenarai pendek tiga calon jurulatih luar negara, bekas jurulatih Iraq, Wolfgang Sidka, bekas pemain Real Madrid dan Barcelona, Luis Milla bersama jurulatih Mozambique, Gern Engels namun pada masa sama Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menolak andaian ada calon lain yang dipertimbangkan. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.