Info Terkini :

Skuad Penyu Lemas Dilaman Sendiri

KUALA LUMPUR: Selangor kehilangan penyerang berbisa, Paulo Rangel yang menerima kad merah namun masih mampu membelasah Terengganu 4-1 dalam perlawanan kontroversi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi untuk mengukuhkan kedudukannya di persada Liga Super.

Selangor kini mengumpul 37 mata ketika kempen berbaki empat perlawanan, namun disaingi oleh pasukan di tangga kedua, Johor Darul Ta'zim yang menang besar di tempat sendiri.

Penyerang dari Brazil, Rangel meletakkan Selangor di depan pada awal permainan menerusi tandukan, namun tercetus kontroversi apabila pemain itu dilayangkan kad merah kerana didakwa terlebih dahulu menyiku pertahanan tuan rumah, Mazlizam Mohamad sedangkan jaringannya disahkan oleh pengadil.

Kehilangan seorang pemain bagaimanapun tidak menjejaskan rentak pelawat sebaliknya mereka terus selesa mendahului tuan rumah apabila penyerang, Abdul Hadi Yahya mudah menyempurnakan tendangan penalti pada minit ke-47 selepas dia dijatuhkan.

Tuan rumah mengatur serangan dalam usaha mereka kembali bersaing dan berjaya merapatkan kedudukan menerusi penyerang import, Moustapha Dabo pada minit ke-51 yang berpunca daripada tendangan sudut.

Usaha Terengganu untuk menyamakan kedudukan terus terbantut apabila pemain tengah Selangor, S. Veenod menjaringkan gol ketiga pasukannya pada minit ke-88 sebelum S. Kunanlan menghapuskan sisa-sisa perjuangan tuan rumah dengan gol keempat pada masa kecederaan. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.