Info Terkini :

Misi Berbeza Skuad Penyu, T-Team Titans

Kuala Terengganu: Dua pasukan bersaudara Terengganu dan T-Team mempunyai misi berbeza sebelum Liga Super melabuhkan tirai.

Misi Terengganu mengintai persada liga dan seterusnya mahu muncul juara buat kali pertama manakala T-Team berazam mengelak daripada tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Bagi Terengganu sekiranya mampu menjinakkan Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini, hasrat untuk merampas kedudukan teratas liga pasti cerah.

Malah, berdasarkan prestasi semasa, anak buah jurulatih Abdul Rahman Ibrahim itu tidak perlu tampil dengan alasan sebaliknya perlu bertekad dalam misi memburu tiga mata berharga.

Terengganu kini berada di tangga ketiga liga dengan mengumpul 31 mata berbanding Selangor yang mengungguli tangga teratas liga dengan 34 dan sekiranya Terengganu menang serta Johor Darul Ta'zim (Johor DT) tewas atau seri, hasrat skuad Penyu mendaki kedudukan teratas liga pasti cerah.

“Malam ini kami turun dengan misi memburu tiga mata berharga bagi mengintai kedudukan teratas liga dan sekiranya berjaya melakukannya, hasrat untuk memburu juara liga pasti cerah,” kata kapten berpengalaman Zairo Anuar Zailani.

Menurut pemain berusia 32 tahun itu, kejayaan menundukkan juara Piala FA Pahang 4-1 dalam saingan terakhir ternyata menyuntik semangat rakan sepasukan untuk meneruskan rentak kemenangan.

“Boleh dikatakan semua pemain berada pada tahap terbaik sebelum turun menentang pendahulu liga ini, namun lebih menarik, keserasian antara pemain tempatan dan import baru semakin terserlah.

“Bagaimanapun saya mengingatkan diri dan rakan sepasukan mengenai jerat yang akan dipasang skuad lawan yang mungkin tampil dengan strategi berbeza selepas gagal mengutip mata penuh ketika bertemu Terengganu pada pusingan pertama.

“Perkara inilah yang perlu diambil perhatian rakan sepasukan dan sekiranya leka serta terlalu memberi ruang kepada lawan, misi Terengganu untuk mengutip mata penuh mungkin menemui laluan berliku,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.