Info Terkini :

Johor DT Tagih Tuah Laman Sendiri Bertemu Terengganu

Johor Bahru: Tugas getir menanti Johor Darul Ta’zim (Johor DT) sama ada mampu meneruskan rentak kemenangan kedua berturut-turut apabila berdepan Terengganu pada saingan Liga Super di Stadium Larkin, malam ini.

Sememangnya kemenangan amat ditagih skuad Harimau Selatan kendalian Bojan Hodak yang terus mengekori rapat Selangor selaku penghulu saingan liga elit domestik.

Andai kemenangan mampu digapai Johor DT dan Selangor seri atau tewas kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sudah pasti anak didik Hodak melonjak ke tangga teratas.

Namun Hodak tidak mahu terlalu memikirkan untuk memintas Selangor sebaliknya persiapan menentang skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim lebih diutamakan kerana pasukan itu pasti bangkit untuk memburu kemenangan.

“Terengganu tewas kepada Selangor 1-4, baru-baru ini dan pastinya mereka akan turun dengan lebih bersemangat untuk menafikan impian Johor DT melakar kemenangan di tempat sendiri.


“Sudah menjadi lumrah, jika pasukan tewas pasti mereka akan beraksi lebih bersemangat untuk menebus kehampaan dan saya mahu pemain Johor DT bersikap positif serta memiliki karakter tinggi untuk mengelak kekalahan.

“Apapun saya lega dengan sentuhan penyudah barisan serangan terutama Jorge Diaz yang menunjukkan peningkatan mendadak manakala semua pemain yang diturunkan turut membantu,” katanya.

Hodak turut menegaskan, Shakir Shaari yang tidak diturunkan pada aksi menentang Sime Darby, baru-baru ini akibat penggantungan satu perlawanan kemungkinan disenaraikan.

Namun beliau belum lagi memutuskan kesebelasan utama berdepan Terengganu ketika kecederaan S Subramaniam masih belum pulih sepenuhnya dan perlu membuat rombakan kecil bagi memantapkan semua posisi.

“Kami akan teruskan rentak kemenangan dan tidak mahu memikirkan sama ada mampu memintas Selangor atau sebaliknya kerana tumpuan adalah dalam tempoh 90 minit perlawanan dan pemain harus fokus tanpa membuat kesilapan mudah,” kata Hodak. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.