Info Terkini :

Hot FM Mohon Maaf Isu 'Hamil' Panggilan Hangit

PETALING JAYA: Pihak pengurusan stesen radio Hot FM pada Khamis memohon maaf berhubung insiden segmen Panggilan Hangit melibatkan pemain bola sepak Terengganu, Nor Farhan Muhammad dengan isterinya.

Hot FM dalam satu kenyataan menjelaskan pihak Nor Farhan juga memohon maaf atas kejadian tersebut yang jelas menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pendengar.

"Pihak pengurusan Hot FM dan Nor Farhan hari ini meminta maaf kepada seluruh pendengar khususnya pendengar Hot FM TGanu atas siaran panggilan hangit baru-baru ini," kata kenyataan tersebut.

Dalam siaran 3 Jun lalu seorang wanita mengadu kepada isteri Nor Farhan kononnya dia telah dihamilkan oleh lelaki tersebut dan enggan bertangungjawab.



Rakaman panggilan berkenaan menjadi viral dan rata-rata menganggap ia tindakan melampau dan kurang sopan.

Mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan, kenyataan itu menyebut pengisian segmen pada hari tersebut telah dicadangkan sendiri oleh pemain bola sepak berkenaan dengan niat untuk 'mengenakan' isterinya bersempena ulang tahun wanita berkenaan.

Bagaimanapun pihak stesen itu memberitahu sedang meneliti hal berkenaan dengan lebih mendalam selepas ia menjadi isu dikalangan pendengar.


"Hot FM ingin memohon maaf atas perkara ini dan pihak pengurusan sedang meneliti isu ini dengan lebih mendalam," kata kenyataan itu lagi.

Segmen berkenaan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat menerusi slot AM Krew yang dikendalikan oleh Fara Fauzana, AG dan Fizie. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.