Info Terkini :

Azraai Khor Akui Gagal Gilap T-Team Titans

Serah masa depan kepada pihak pengurusan untuk menentukannya 

Pengendali T-Team, Azraai Khor Abdullah menganggap dirinya gagal dalam mengendali kelab Terengganu itu musim ini sehingga tersingkir daripada Liga Super dan terpaksa beraksi dalam Liga Perdana musim depan.

“Sebagai jurulatih saya sudah gagal, jika gagal anda perlu tahu di mana anda patut berada dan saya serahkan kepada pihak pengurusan untuk menentukannya,” kata Azraai ketika ditemui selepas perlawanan playoff Piala Malaysia di Stadium Shah Alam kelmarin.

Walaupun berjaya membawa T-Team ke saingan Piala Malaysia musim ini selepas menewaskan Negeri Sembilan 1-0, Azraai masih merasakan penyingkiran ke Liga Perdana adalah satu tamparan hebat buat dirinya sebagai jurulatih.

“Ini adalah peluang terakhir kita, jika kalah malam ini (kelmarin) musim dianggap sudah selesai,” kata Azraai berkenaan peluang pasukannya dalam kancah Piala Malaysia kali ini. “Saya lihat pemain-pemain ada kesungguhan, tetapi secara jujurnya pasukan ini banyak kekurangan secara teknikal.

Barisan serangan tumpul 

“Saya tidak meletakkan harapan tinggi dalam saingan Piala Malaysia kerana tidak banyak yang dapat kita lakukan dengan material yang ada sekarang. Cuma saya mungkin akan memperkuat skuad dengan membawa masuk tujuh atau lapan pemain Piala Presiden.
“Saya sudah mengenal pasti beberapa pemain yang skuad berkenaan yang membawa pasukan itu hingga ke peringkat separuh akhir.”

Bagi Azraai, punca utama kegagalan pasukannya musim ini ialah ketumpulan barisan serangan serta kehadiran pemain import yang tidak memberikan impak kepada pasukan.

“Kita mempunyai peluang untuk kekal dalam saingan Liga Super pada beberapa perlawanan terakhir, tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya,” kata Azraai. “Barisan serangan kita tumpul dan tenaga import kita begitu lembap. Ketika latihan pemilihan begitu hebat sekali tetapi selepas diikat, lain pula jadinya.”

Dalam perlawanan semalam, Ramzul Zahini Adnan menjadi penyelamat T-Team menerusi jaringannya pada minit ke-42 permainan. Turut melepasi saingan playoff semalam adalah JDT II yang menewaskan PKNS 2-1 di Stadium Selayang kelmarin. - Berita Harian
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.