Info Terkini :

Takziah Buat Norfarhan Muhammad

Marang: Bapa penyerang Terengganu, Mohd Nor Farhan Muhammad atau 'Ben10' meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, petang semalam.

Muhammad Husin, 61, menghembuskan nafas terakhir jam 2.05 petang di Klinik Kesihatan Wakaf Tapai.


Allahyarham Muhammad yang juga pesara kerajaan di Pusat Pertanian Ajil, Kuala Berang, meninggalkan seorang balu, Halijah Wahad, 60, dan lima anak termasuk Nor Farhan.

Beliau yang tinggal di Kampung Wakaf Tapai, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Wakaf Tapai selepas solat Isyak, malam tadi.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBNST) yang juga pengurus pasukan, Marzuki Sulong berkata, pihaknya turut bersimpati kepada Nor Farhan di atas pemergian orang tersayang itu.

“Saya mewakili seluruh warga PBSNT mengucapkan takziah kepada Nor Farhan sekeluarga semoga tabah menerima ujian Allah ini,” katanya semalam.

Pada perlawanan Liga Super Sabtu lalu, Nor Farhan tidak beraksi ketika pasukannya menewaskan LionsXII 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah akibat kecederaan kaki. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.