Info Terkini :

Rehat Jejas Prestasi Skuad Penyu

Shah Alam: Jurulatih Terengganu Abdul Rahman Ibrahim mengakui waktu rehat liga yang panjang menjejaskan prestasi anak buahnya ketika seri tanpa jaringan dengan Selangor dalam perlawanan Liga Super, kelmarin.

Pertembungan Selangor dan Terengganu di Stadium Shah Alam satu-satunya perlawanan Liga Super yang berlangsung selepas saingan liga berehat lebih dua minggu bagi memberi ruang kepada aksi antarabangsa skuad kebangsaan.

Terengganu yang menduduki tangga kelima liga sebelum perlawanan itu mengharapkan kemenangan untuk mengejar kelompok pasukan teratas liga namun biarpun nampak mengancam dengan beberapa peluang bahaya sepanjang 90 minit permainan, anak buah Abdul Rahman terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

“Saya rasa ini perlawanan hebat, tapi disebabkan waktu rehat, kami banyak menumpukan kepada kecergasan.

Kami bermain baik pada separuh masa pertama dan begitu juga 20 minit separuh masa kedua, tapi gagal membuat penyudah berkesan walaupun mendapat beberapa peluang.

“Selangor lebih berpengalaman, tahap kecergasan mereka lebih baik dan mereka dapat menguasai 20 minit terakhir.

Saya rasa keputusan seri adalah adil untuk kedua-dua pasukan. Saya tidak mahu terlalu pentingkan kedudukan pasukan pada ketika ini tetapi lebih memberikan penekanan kepada prestasi pemain," katanya. selepas tamat perlawanan.

Bagaimanapun keputusan seri itu memberi sedikit petanda positif buat skuad Penyu yang melonjak ke tangga keempat. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.