Info Terkini :

T-Team Ikat Penyerang Kebangsaan Rwanda

KUALA TERENGGANU: Pasukan berstatus kelab, T-Team mengikat penyerang kebangsaan Rwanda, Jimmy Mulisa semalam dalam usaha melonjakkan pasukan itu daripada fasa penyingkiran Liga Super musim ini.

Selepas 12 perlawanan, T-Team setakat ini menduduki tangga kesembilan dengan memungut 13 mata daripada keseluruhan 12 pasukan bertanding.



Gambar: T-Team Official

Menurut Mohd Azraai, T-Team membawa masuk Mulisa adalah bagi menggantikan posisi penyerang dari Brazil, Evaldo Rodrigues Goncalves yang ditamatkan kontrak berikutan prestasi tidak memuaskan.

Sebelum ini, T-Team telah menggantikan pemain pertahanan import dari Brazil, Fabio Flor dengan rakan senegaranya Leandro Dos Santos, bekas pemain kelab Bangkok Glass FC dalam liga Thailand.

Bagi mengelak daripada tersingkir ke Liga Perdana musim depan, pasukan itu dilihat dalam keadaan terdesak untuk menguji beberapa calon import sebelum jendela perpindahan pertengahan musim ditutup.

"Kita harap sempat turunkan Mulisa bagi memperkuatkan pasukan ketika kita bertemu Pahang di Kuantan, Sabtu ini, di samping Santos," katanya.

Mengenai ura-ura T-Team bakal mengambil bekas penyerang Perancis Nicolas Anelka, beliau berkata perkara itu masih lagi dalam perbincangan dan tagih satu 'keajaiban' bakal berlaku. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.