Info Terkini :

Keserasian Pemain Import Baru Kelam Kabut

KUALA TERENGGANU: Apa yang diperagakan oleh gandingan dua penyerang import terbaru skuad T-Team dalam saingan Liga Super, Sabtu cukup mengecewakan ketua jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah.

Bekas penyerang kebangsaan Rwanda, Jimmy Mulisa, 29 dan bekas pemain Liga Thailand, Leandro Do Santos, 27, dari Brazil masih belum menemui sentuhan dan keserasian ketika kalah 2-0 kepada Pahang.

Mulisa dikatakan hanya sekadar berlari tanpa arah tujuan selepas Santos menghantar bola ke arah lain pada perlawanan tersebut.

"Ini kerana kalau dalam permainan Mulisa berlari ke arah lain tetapi bola dilorong ke arah lain dan sebagainya," katanya Mohd Azraai kepada pemberita ketika mengulas perlawanan tersebut.

Dalam perlawanan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang itu, kedua-dua pemain import itu gagal menunjukkan keserasian dan tidak mempunyai persefahaman ketika mengatur serangan ke kubu skuad Pahang.

Jurulatih berusia 62 tahun itu berkata kedua-dua pemain import itu, yang baru menyertai pasukan 'The Titans' itu, masih belum menunjukkan aksi seperti yang diharapkan.

Selepas 13 perlawanan, T-Team hanya mampu mengumpul 13 mata memperoleh tiga kemenangan dan empat seri untuk menghuni tangga ke-10 liga, sekali gus berdepan fasa penyingkiran Liga Super musim ini.

Dalam usaha melonjakkan pasukan itu dalam kedudukan liga, T-Team terdesak untuk mengikat kedua-dua pemain itu sebelum pintu pendaftaran kedua pemain import Liga Malaysia berakhir 23 April ini.

Selain jentera hadapan, Mohd Azraai berkata kemungkinan benteng pertahanan pasukan itu dirombak dengan membawa masuk pemain import bagi menggantikan Fabio Flor.

T-Team akan berdepan dengan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Jumaat ini. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.