Info Terkini :

Javier Andres Estupinan Romero Dijangka Tiba Esok

Kuala Terengganu: Selepas mengikat pemain dari Senegal, Moustapha Dabo, 28, Terengganu semakin bernafsu apabila merantai penyerang import dari Colombia, Javier Andres Estupinan Romero, 30, yang bakal tiba esok.

Setiausaha Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Arpin Draman berkata, pemain dari Santa Barbara itu akan diikat skuad Penyu untuk menggantikan pemain kelahiran Guinea, Mamadou Hady Bary yang gagal beraksi baik.

“Sepatutnya dia tiba hari Ahad, namun atas sebab tertentu jadual ketibaannya ditunda 9 April ini.

“Berikutan kehadiran Romero, kami kini lengkap dengan empat pemain import termasuk Vincent Bikana (pemain pertahanan dari Cameroon) dan Mario Karlovic (pemain tengah dari Australia) sebelum jendela kedua ditutup pada 22 April ini,” katanya.

Ketika ditanya adakah pemain itu akan melalui sesi pemilihan untuk mengelak perkara sama berlaku seperti pemain sebelum ini, Arpin yang baru mengambil alih tugas setiausaha berkata, pada hakikatnya Romero sudah menjadi milik Terengganu hasil perbincangan sebelum ini.

Menurutnya, pemain yang mempunyai ketinggian 190 sentimeter itu yang kali terakhir beraksi dengan kelab Parrillas One dalam Liga Kebangsaan Honduras, sudah dipantau panel penilaian daripada pelbagai sudut termasuk melihat aksinya sehingga berjaya memikat PBSNT untuk disenaraikan. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.