Info Terkini :

Azraai Khor Tidak Mahu Berputih Mata Lagi

Kuala Terengganu: Jurulatih T-Team Mohd Azraai Khor Abdullah sedar laluan sukar pasukannya membaham Selangor, namun pengendali berusia 62 tahun itu mengakui tidak rela berputih mata buat kali kedua berturut-turut dalam masa empat hari apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

“Selepas tewas di tangan Pahang, saya tidak mahu perkara sama berulang malam ini apatah lagi kami beraksi di laman sendiri.

Saya menuntut pemain beraksi lebih 100 peratus bagi mencapai tiga mata penuh,” katanya.

Mohd Azraai yang mengambil alih tugas melatih T-Team pada akhir musim lalu berkata, bagi memastikan matlamatnya tercapai, rombakan di bahagian serangan dan tengah akan dilakukan menjelang perlawanan itu.

Beliau berkata, ketika pertemuan dengan Pahang, ada pemainnya gagal mempamerkan permainan bertenaga dan tidak komited sehingga mereka tewas 0-2.

Ketika ditanya kelibat penyerang baru dari Brazil, Leandro Dos Santos yang menggantikan pertahanan Fabio Flor, Mohd Azraai menaruh harapan tinggi pemain itu mendapat Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) secepat mungkin bagi membolehkannya diturunkan.

“Kami ketandusan penyerang berkualiti apatah lagi pemain import dari Brazil Evaldo Rodrigues dan Patrick Wanggai dari Indonesia gagal menjalankan tugas dengan berkesan.

“Kehadiran Santos diharap mampu menjawab persoalan penyudahan tumpul yang kini menghantui kami,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.