Info Terkini :

FAM Masih Tunggu Laporan Polis Kes Terowong

Kelana Jaya: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetap memandang serius insiden yang didakwa berlaku dalam terowong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin ketika aksi Johor Darul Takzim (Johor DT) menentang T-Team, 1 Februari lalu.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan pihaknya kekal dengan pendirian menunggu keputusan pihak polis di samping cuba mengumpul bukti lebih kukuh, seperti diumumkan sebelum ini.

“Pendirian kami kekal seperti dulu, kami menunggu keputusan pihak berkuasa dan mengumpul bukti lebih kukuh.

Malah saya akan mengemukakan laporan terkini dan lengkap untuk dibentangkan kepada mesyuarat Exco pada 19 April ini.

“Hingga kini tiada kes dibuka, namun laporan akan diberikan kepada mesyuarat Exco.

Harus diingat kami mempunyai tempoh hingga dua tahun untuk membicarakan semula kes ini,” katanya.

Hamidin berkata, pihaknya sudah mengambil tindakan sewajarnya berhubung aspek keselamatan yang longgar apabila Jawatankuasa Tatatertib mengenakan denda RM30,000 kepada Johor DT namun untuk mensabitkan individu, ia memerlukan bukti kukuh.

Insiden kekasaran membabitkan pegawai Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berlaku dalam terowong sejurus tamat separuh masa pertama dengan pegawai dan pemain T-Team mendakwa dikasari sehingga menyebabkan mereka enggan meneruskan pusingan kedua Piala FA itu.

Jawatankuasa Tatatertib seterusnya mendapati T-Team bersalah apabila enggan meneruskan perlawanan sekali gus memberikan kemenangan kepada Johor DT untuk melangkah ke suku akhir Piala FA, disusuli denda RM30,000 atas kesalahan kelemahan tahap keselamatan. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.