Info Terkini :

Azraai Khor Puas Hati Aksi Anak Buah

Kuala Terengganu: Biarpun T-Team hanya mengutip satu mata di laman sendiri ketika berdepan Selangor malam kelmarin, jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah tetap puas hati dengan corak permainan diperagakan anak buahnya.

“Sudah tentu saya bersyukur dengan keputusan seri itu walaupun hasrat mengutip tiga mata penuh tidak berhasil,” katanya.

Mohd Azraai berkata, beliau tetap berbangga dengan kesungguhan dipamer pemainnya.

“Pada babak pertama, kami tampak belum berupaya mengimbangi pelawat yang sering mencemaskan gawang kami.

Bagaimanapun selepas rehat, rentak permainan kami berubah sehingga berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi Patrick Wanggai,” katanya.

Mengulas kehadiran import baru dari Brazil, Leandro Dos Santos, Mohd Azraai berkata, pemain itu mampu mencorakkan pasukan menjadi lebih baik selepas beraksi cemerlang ketika bertemu The Red Giants.

“Ada impak positif dengan kemasukannya, terutama ketika kami tidak lagi boleh ketinggalan mata,” katanya.

Mohd Azraai berkata, menjelang pertemuan dengan Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Sabtu ini, jurulatih itu mengharapkan anak buahnya mampu menemui rentak cemerlang untuk memperbaiki kedudukan liga.

“Biarpun sukar, saya yakin dengan kombinasi pemain baru, T-Team mampu melakukan kejutan ke atas pendahulu liga itu,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.