Info Terkini :

Tarikh Perlawanan Selangor-Terengganu Dipinda 4 Mei


PERTEMUAN antara Selangor dan Terengganu dalam aksi Liga Super yang sepatutnya berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang Sabtu ini dipinda ke Stadium Shah Alam pada 4 Mei depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pindaan itu terpaksa dibuat ekoran masalah venue.

"Ekoran masalah venue berkenaan, aksi Liga Super antara Selangor dan Terengganu terpaksa dipinda pada 4 Mei depan.

"Walaupun tarikh itu hampir dengan separuh akhir pertama Piala FA, ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah ekoran kedua-dua pasukan tidak lagi beraksi dalam piala berkenaan.

"Selain itu, Stadium Shah Alam juga sudah boleh digunakan seperti biasa ketika itu, jadi tiada masalah," kata Hamidin

Hamidin berkata, ekoran pindaan itu, aksi Liga Premier yang membabitkan pertemuan antara Felda United dan Johor Darul Takzim II (Johor DT II), Jumaat ini juga dipinda ke Selayang, Selangor.

"Aksi itu akan diadakan pada hari yang sama bermula pukul 8.45 malam," jelas Hamidin. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.