Info Terkini :

T-Team Mahu Kumpul Bukti Insiden Pengadil

Kuala Terengganu: T-Team mahu mengumpul bukti kukuh terlebih dulu dengan memanggil penyerang Patrich Steve Wanggai memberikan keterangan berhubung dakwaan mengatakan pengadil perlawanan mengeluarkan perkataan lucah terhadapnya.

Bukti kukuh itu diperlukan pihak pengurusan sebelum membuat keputusan menghantar surat rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Penyerang kelahiran Indonesia itu mendakwa pengadil perlawanan, Mohammad Zamzaidi Katimin bersikap ‘biadab’ dengan menghamburkan perkataan ‘f**k y**’ ketika T-Team bertemu Perak dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sabtu lalu.

Ketua Pegawai Operasi T-Team Syahrizan Mohd Zain berkata, pihaknya sebelum ini hanya menerima aduan lisan daripada penyerang kelahiran Indonesia itu yang mendakwa pengadil terbabit mengeluarkan perkataan lucah terhadapnya.

Menurutnya, pihak pengurusan T-Team tidak dapat mengambil tindakan menghantar surat rasmi kepada FAM kerana masih menunggu keterangan serta laporan rasmi Wanggai berhubung dakwaan itu.

“Buat masa ini, kami belum menerima surat rasmi Wanggai kerana dia sibuk memberi tumpuan terhadap perlawanan menentang Sime Darby FC.

“Sebelum menghantar surat rasmi kepada FAM, kami akan menyiasat kenyataan pemain ini dulu.

Kita akan bersemuka dengannya dulu dan selepas itu baru buat keputusan,” katanya.

Isnin lalu, Arena melaporkan penyerang berusia 25 tahun itu berang dengan sikap pengadil terbabit yang mengeluarkan perkataan sedemikian dan menyifatkan Zamzaidi tidak ada hak mengutuknya dengan kata-kata kesat.

“Apa hak beliau (pengadil) dan apa salah saya.

Sekiranya marahkan saya sekalipun kerana banyak mempertikaikan keputusan dibuatnya, beliau tidak ada hak mengutuk saya dengan perkataan kurang sopan,” kata bekas penyerang kelab Liga Indonesia, Persipura Jayapura itu. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.