Info Terkini :

Skuad Penyu Sentap The Gladiators


Selayang: Terengganu terus mengekalkan penguasaan di puncak Liga Super apabila mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.

ATM yang menerima sorakan padu hampir 5,000 penyokong setia, nyata lemas dengan asakan bertali arus anak buah Abd Rahman Ibrahim yang menguasai 90 minit tempoh permainan.

Berbekalkan gandingan Manaf Mamat dan bekas ayam tambatan Kelantan, Mohd Nor Farhan Muhammad di jentera depan, skuad Penyu tidak menunggu lama untuk mendahului apabila bekas penyerang kebangsaan Manaf melonjak tinggi untuk menanduk hantaran Faiz Subri di minit ke-23, menewaskan Syed Adney Syed Hussein di pintu gawang ATM.

Tersentak dengan jaringan awal pasukan Pantai Timur itu, anak didik B Sathianathan cuba bangkit dengan memperkemaskan serangan, namun barisan pertahanan Terengganu yang diketuai awang import Vincent Bikana kekal kebal bertahan hingga babak pertama berakhir.

Bersambung babak kedua, ATM melancarkan serangan menggila dari segenap sudut mencari gol penyamaan.

Bagaimanapun keasyikan The Gladiators menyerang hampir memakan diri sendiri pada minit ke-60 apabila Manaf tanpa dikawal hanya berdepan satu lawan satu dengan Syed Adney, memilih untuk merembat tinggi buat melegakan penyokong pasukan tuan rumah.

Penyerang terbaik Liga Super musim lalu, Farhan atau lebih mesra disapa Ben 10, muncul penjaring kedua pasukannya selepas bijak melakukan larian solo dari tengah padang dan melepaskan rembatan deras pada minit ke-76 buat melebarkan kedudukan 2-0.

Pada masa kecederaan, Faiz menambah derita ATM dengan gol ketiga untuk Terengganu pulang ceria dengan mata penuh di halaman lawan. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.