Info Terkini :

Kemenangan Menjadi Penyuntik Semangat T-Team

Gambar: T-Team Official

KUALA TERENGGANU: T-Team menyifatkan kemenangan 2-0 ke atas Sarawak sebagai penyuntik semangat kepada mereka untuk menghadapi PKNS.

Ketua jurulatihnya Mohd Azraai Khor Abdullah berkata ini kerana Sarawak bukan calang-calang pasukan kerana mereka mempunyai barisan mantap dan padu di setiap posisi.

"Ini merupakan satu kebangkitan bagi T-Team untuk melonjakkan kedudukan daripada tangga terbawah ke tangga lebih baik," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata T-Team akan memberi persembahan lebih baik dan mantap apabila bertemu PKNS kelak, namun menganggap T-Team bukan merupakan pasukan pilihan dalam pertemuan itu.

Mohd Azraai berkata beliau akan memperbaiki barisan hadapan supaya lebih tajam dan berbisa. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.