Info Terkini :

FAM Masuk Mahkamah AFC

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan dibicarakan kerana tindakan Ultras Malaya membakar suar, mercun dan bom asap ketika aksi persahabatan antarabangsa antara Malaysia dan Filipina di Stadium Selayang, 1 Mac lalu pada minggu pertama atau kedua April ini.

Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay, berkata pihaknya sudah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada FAM berhubung insiden itu, Jumaat lalu.

“Memang benar pihak AFC sudah pun menghantar surat tunjuk sebab kepada FAM, Jumaat lalu kerana kami mahu pun Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memandang serius kejadian membakar suar, mercun dan bom asap ini.

“Tindakan penonton seperti ini hanya akan menjejaskan bola sepak sesebuah negara. Kita tak mahu sebarang kejadian tidak diingini berlaku ketika perlawanan bola sepak,” katanya ketika dihubungi semalam. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.