Info Terkini :

Terengganu Melonjak Tangga Teratas Liga Super


Gambar: Kelab Penyokong Siber Bolasepak Terengganu

KUALA LUMPUR: Terengganu melonjak ke tangga teratas Liga Super selepas mengalahkan Pahang 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu Sabtu malam.

Kemenangan tersebut hasil jaringan Mario Karlovic pada minit ke-20 dan Ismail Faruqi (69') membolehkan skuad Penyu mengumpul 10 mata selepas mengharungi lima perlawanan.

Johor Darul Ta'zim (JDT) pula mencatat kemenangan bergaya 4-1 ke atas pendahulu liga sebelum ini Selangor di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Skuad Harimau Selatan selesa mendahului Selangor pada separuh masa pertama hasil jaringan kapten pasukan Baihakki Khaizan pada minit ke-12 sebelum Hariss Harun menggandakan kedudukan pada minit ke-33.

JDT terus bernafsu untuk menambah jaringan dan berjaya meraih dua lagi gol menerusi penyerang import dari Argentina, Luciano Figueroa pada minit ke-52 dan Mohamad Fadhli Mohd Shas (59').

Selangor merapatkan defisit jaringan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Paulo Rangel pada minit ke-68 selepas beliau dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Baihakki.

Kelantan juga meraih tiga mata selepas menewaskan wakil kelab dari Terengganu T-Team 3-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu hasil jaringan Mohamed Shawky pada minit ke-32, Mohd Badhri Radzi (45') dan Mohamed Ghaddar (84').

Di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak menang tipis 1-0 ke atas Perak hasil jaringan Milorad Janjus seawal minit ketujuh.

Terdahulu pasukan tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-70 selepas Junior Eldstal menerima kad kuning kedua daripada pengadil perlawanan Sukri Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri selepas kalah 1-2 kepada Lions XII dari Singapura pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Amiridzwan Taj Tajudin terlebih dahulu meletakkan skuad The Gladiators di hadapan menerusi tandukan seawal minit keempat hasil sepakan percuma yang diambil Bruno Sebastian Martelotto.

Pasukan pelawat bagaimanapun tidak berputus asa dan berjaya meraih dua gol masing-masing menerusi Khairul Amri pada minit ke-47 sebelum Muhammad Afiq Yunos mengesahkan kemenangan mutlak pasukan pelawat pada minit ke-91.

Liga Malaysia akan berehat sementara bagi memberikan laluan kepada persiapan skuad bola sepak kebangsaan menghadapi aksi kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yemen di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu pada 5 Mac ini. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.