Info Terkini :

Skuad Penyu Buat Tok Gajah Menangis

Kuala Terengganu: Terengganu muncul pendahulu baru Liga Super selepas menewaskan pasukan tetangga, Pahang 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan anak buah Abdul Rahman Ibrahim mengutip 10 mata sekali gus merampas kedudukan Selangor yang dibelasah Johor Darul Ta’zim 4-1 di Larkin.

Tuan rumah bermula garang dengan mencemaskan gawang pelawat melalui gandingan jentera serangan Marcio Souza dan Nor Farhan Mohamad seawal minit kedua.

Berselang empat minit selepas itu, giliran skuad kendalian, Ronald Smith melancarkan serangan balas dan hampir membocori gawang tuan rumah, namun tandukan Matias Ruben Conti berjaya diselamatkan Mohd Sharbinee Alawee.

‘Orang besi’ tumpul Berpunca sepakan percuma pemain import kelahiran Australia, Mario Karlovic berjaya membawa Terengganu di depan pada minit ke-20 apabila bola sepakannya melantun sebelum menerjah jaring memperdayakan Mohd Khairul Azhan. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.