Info Terkini :

Skuad Penyu Idam Terajui Liga Super


Kuala Terengganu: Terengganu yang mengintai untuk menerajui seketika takhta liga ketika bertemu LionsXII tidak mempunyai pilihan kecuali menang dalam pertemuan di Stadium Jalan Besar, Singapura malam ini.

Bagaimanapun, pemain tengah Ismail Faruqi Ashari membayangkan ujian sukar bakal menanti kerana lawan juga dahagakan kemenangan, apatah lagi beraksi di laman sendiri.

“Selepas kecundang awal saingan Piala FA, tumpuan kini terarah kepada saingan liga dan jika kami berjaya menundukkan LionsXII, peluang untuk mengintai takhta liga buat seketika pasti cerah.

“Namun, melihat kepada kemampuan lawan yang bermain di tempat sendiri, peluang kami untuk menang lebih mudah bercakap daripada melakukannya,” katanya.

Pemain tengah kreatif itu berkata, bagi memastikan impian berkenaan tercapai dia mengharapkan rakan sepasukan melupakan episod malang itu selain mengikis sikap cepat berputus asa dengan berjuang hingga wisel penamat.

Selain itu, pemain berusia 28 tahun itu turut menuntut rakan sepasukan mencari gol awal sebagai penyuntik semangat dalam misi menambah koleksi mata.

“Jika rakan sepasukan fokus dan barisan depan bijak menghidu peluang, saya yakin kami mampu membawa pulang tiga mata,” katanya yang mengharapkan tiga rakan sepasukan yang cedera termasuk penyerang Mohd Nor Farhan Muhamad, Mohd Faiz Subri dan penjaga gol Mohd Sharmiza Yusof cepat pulih. Terengganu kini berada di tangga kedua liga dengan mengumpul enam mata hasil daripada tiga perlawanan selepas menundukkan Selangor PKNS 2-1 dan T-Team 2-0 serta tewas 0-1 kepada Perak dalam perlawanan kedua. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.