Info Terkini :

Siasat Tanpa Berat Sebelah - Khairy Jamaluddin

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar kecil) mahu insiden kekecohan yang berlaku dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Johor Bahru malam kelmarin disiasat tanpa berat sebelah.

"Isu ini sangat serius malah ramai yang menyaksikan kejadian itu berlaku. Ia akan disiasat sepenuhnya dengan telus," respons Khairy menerusi laman Twitternya semalam.

Perlawanan berkenaan terpaksa ditangguhkan selepas pemain import kelahiran Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo dilaporkan dikasari ketika menuju ke bilik persalinan.

Menerusi laman Facebook T-Team, kekecohan tersebut didakwa bermula apabila Goncalves ditumbuk pada hidung manakala Stefano ditendang.




Keadaan bertambah buruk apabila perlawanan pada babak kedua terpaksa ditangguhkan selepas pemain dan pegawai T-Team mengambil keputusan untuk tidak meneruskan aksi separuh masa kedua dan terus pulang ke Kuala Terengganu kerana didakwa keselamatan diri mereka terancam.

Sebelum insiden, JDT sedang mendahului 2-1 hasil jaringan Luciano Figueroa pada minit ke-16 dan 21 sementara jaringan The Titans pula dihadiahkan oleh kapten pasukan, Mohd. Marzuki Yusof pada minit ke-27. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.