Info Terkini :

FAM Ambil Tindakan Tegas Insiden T-Team & JDT

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi jaminan akan mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana pemain dan pegawai yang terbabit dalam insiden kekecohan aksi Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dan T-Team kelmarin.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, walaupun kes itu dianggap berprofil tinggi namun mereka tetap akan menjalankan prosedur siasatan yang sama membabitkan kedua-dua pasukan sebaik menerima laporan perlawanan hari ini.




“Saya akan menerima laporan daripada Komisioner Perlawanan, Pengadil, Koordinator Perlawanan dan kedua-dua pasukan esok (hari ini). Saya sudah berbincang dengan Datuk Afandi (Hamzah) untuk mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Khamis ini bagi membincangkan isu ini.

“Jika ada bukti pegawai dan pemain melanggar peraturan tatatertib pertandingan, kita akan bawa mereka menghadap Jawatankuasa Tatatertib bagi tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Perlawanan di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin kelmarin terpaksa ditangguh selepas pasukan pelawat T-Team bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah enggan meneruskan perlawanan apabila mendakwa ada pemain dan pegawai mereka dipukul dalam insiden kekecohan di terowong ketika menuju ke bilik persalinan pada rehat babak pertama. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.