SELEPAS mencurahkan bakti bersama skuad negara dalam Sukan SEA Mynmar baru-baru ini, kini benteng pertahanan skuad Harimau Muda, Mohd Zubir Azmi beralih tumpuan kepada negeri kelahirannya dalam kempen Liga Malaysia (Liga M) yang bakal membuka tirainya 18 Januari depan.
Mengakui kecewa dan terkilan kerana gagal mempertahankan ‘ibu segala pingat’ di Sukan SEA Myanmar, pertahanan kiri Terengganu yang berusia 22 tahun itu mahu segera bangkit dan memastikan perkara sama tidak berulang bersama skuad Penyu.
PERLU REDHA
Sebaliknya, pemain muda itu tekad memasang impian besar musim depan iaitu mahu menjulang satu piala selepas gagal meraih sebarang trofil musim lalu.
“Kecewa memang kecewa, tetapi sebagai pemain kita perlu menerima hakikat yang kalah dan menang lumrah dalam bola sepak. Saya sekarang mahu melupakan kekecewaan itu dan memberi tumpuan kepada pasukan.
“Saya akui saingan musim ini cukup mencabar apabila semua pasukan membariskan pemain terbaik mereka, namun percaya barisan pemain yang ada dalam skuad Penyu mampu memberi tentangan sengit kepada pasukan lain,” katanya.
GANDINGAN SERASI
Anak jati Terengganu kelahiran Setiu itu turut menyifatkan skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim musim ini adalah yang terbaik dalam meraih piala apabila turut dibarisi pemain berstatus bintang seperti penyerang terbaik kebangsaan, Mohd Norfarhan Mohamad, Zairo Anuar Zailani dan Mohd Faiz Subri dan gandingan empat pemain import yang berpengalaman.
Ditanya persiapan menjelang sepak mula aksi Liga Super 18 Januari depan, Zubir berkata, dia kini sudah bersedia dalam setiap aspek sama ada dari segi mental mahu pun fizikal untuk membawa cabaran Terengganu sekali gus berada dalam kelompok terbaik liga.
“Saya sudah bersedia dan bebas daripada sebarang kecederaan. Bagaimanapun, soal bermain dalam kesebelasan utama itu saya serahkan kepada jurulatih kerana beliau berhak menentukannya.
“Apa pun saya tidak mahu terlalu yakin dan mendapat laluan mudah kerana sedar masih ramai benteng pertahanan yang berbakat besar malah lebih senior seperti, Nik Zul Aziz yang turut menunjukkan permainan terbaik dan saya anggap itu satu persaingan sihat buat kami dalam merebut slot kesebelasan utama,” katanya.
SATU HATI
Justeru, Zubir yang terkenal dalam kalangan peminat bola sepak di negeri ini kerana mempunyai gaya permainan ala benteng pertahanan Manchester United, Patrice Evra tekad merealisasikan hasrat menjulang sekurang-kurangnya satu piala musim selepas Terengganu gagal mempamerkan aksi kurang memberangsangkan musim lalu.
“Mungkin ramai yang melihat harapan saya untuk musim ini cukup tinggi, namun bagi saya ia tidak mustahil dicapai sekiranya semua pemain bekerja keras ke arah. Malah kalau saya diberi peluang untuk mengawal benteng Terengganu, pastinya akan berikan yang terbaik buat pasukan," katanya. - Sumber