Kuala Terengganu: T-Team menjanjikan kelainan untuk penyokong pasukannya dengan memperkenalkan buat kali pertama, pasukan sorak Titans (Titans Cheerleaders).
Dianggotai 15 gadis berusia antara 18 hingga 23 tahun, kumpulan itu bakal mewarnai stadium dengan aksi sorak mereka di samping mengambil bahagian ketika acara masa rehat seperti mengendalikan pertandingan untuk penonton terpilih.
Jurucakap pasukan sorak, Julia Idayu Rosli, 23, berkata, kesemua ahli sorak membabitkan peminat setia T-Team yang sudah semestinya dapat memberi komitmen tinggi untuk memastikan pasukan Titans meraih kemenangan.
“Saya tidak terfikir kami dapat menjadi 'cheerleaders' kerana sebelum ini cuma melihat di televisyen gadis sorak berada di tepi padang. Kami semua berterima kasih kepada pihak pengurusan T-Team kerana memberi peluang membantu pasukan kesayangan mencapai kejayaan musim ini,” katanya.
Katanya, mereka juga berasa kekok, tapi yakin peminat The Titans memahami kekurangan dalam persembahan pertama nanti.
“Kami teruja berdepan penonton yang dijangka memenuhi stadium nanti, tapi kami mesti cekal menghadapi semua itu.
“Apa yang penting, kami sudah bersedia dengan cabaran baru ini dan selepas satu dua perlawanan nanti semuanya diharap akan berjalan lancar,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Ab Rasid Jusoh berkata, pasukan sorak itu ditubuhkan untuk memberi semangat baru kepada pasukan dan peminat mengharungi musim baru.
“Kami sudah melakukan persiapan terbaik bagi mencari kejayaan di dalam padang dan kami juga perlu membuat persiapan di luar padang.
“Tambahan pula, kami bercadang mengadakan aktiviti masa rehat membabitkan penonton dan sudah tentu kehadiran pasukan sorak akan lebih memeriahkan suasana,” katanya.
Menurutnya, tugas pasukan sorak bukan saja memberi semangat kepada pemain semasa perlawanan, malah mereka juga akan membantu pasukan dalam aktiviti kemasyarakatan yang sentiasa dianjur pihak pengurusan.
“Gadis sorak kami akan turut mengiringi pemain dan pegawai pasukan apabila mengadakan klinik bola sepak dan menganjurkan aktiviti dengan masyarakat setempat,” katanya. - Sumber