Info Terkini :

Permainan Terengganu Belum Hebat Lagi - Abdul Rahman

KUALA TERENGGANU: "Terengganu tidak bermain begitu hebat" itulah antara ulasan ketua jurulatih Abdul Rahman Ibrahim selepas Terengganu mengalahkan Selangor PKNS 2-1 pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini Sabtu malam.

Abdul Rahman berkata mungkin daripada segi taktikal Terengganu bagus tetapi daripada segi permainan Terengganu belum hebat lagi.

"Apapun, kami harap kemenangan ini memberi kami ruang bernafas untuk bermain dengan lebih yakin dan lebih baik pada perlawanan-perlawanan berikutnya," katanya.

Abdul Rahman yang juga bekas ketua jurulatih Selangor PKNS itu berkata perlawanan malam tadi sukar untuk Terengganu terutama apabila menerima asakan daripada pasukan lawan.

Sementara itu, penyerang Terengganu Norfarhan Mohamad berkata beliau dan rakan sepasukannya masih mencari rentak dan keserasian dalam permainan.

Pemain import, Mamadou Barry menjadi wira Skuad Penyu apabila menjaringkan kedua-dua gol Terengganu masing-masing minit ke-21 dan minit ke-65. - Sumber


Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.