Info Terkini :

Mamadou Bantu Terengganu Kutip Tiga Mata Penuh

DUA jaringan menerusi penyerang import baharu, Mamadou Hady Barry sudah cukup untuk membantu Terengganu mengutip tiga mata penuh dalam aksi pembukaan Liga Super 2014 menentang PKNS FC malam tadi.

Skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim itu memulakan kempen dengan langkah kanan selepas menang 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Begitupun, pasukan kendalian Wan Jamak Wan Hassan terlebih dahulu membuka tirai jaringan melalui tandukan pemain pertahanan, Hamka Hamzah pada minit ke-17.

Pemain berasal dari Indonesia ini memperoleh peluang terbaik untuk merobek gawang Terengganu apabila menerima hantaran cantik daripada penyerang berbisa, Patrick Ronaldinho.

Bagaimanapun, jaringan yang menyentap semangat kira-kira 12,000 penyokong tuan rumah itu tidak kekal lama.

Skuad Penyu yang tidak berputus asa berjaya menyamakan kedudukan melalui sentuhan pemain import baharu, Barry.

Penyerang berasal dari Guinea itu tidak mengambil masa lama menggegar gawang pasukan pelawat yang dikawal Md. Remezey Che Ros pada minit ke-21.

Ketajaman penyudah Barry terus menceriakan penyokong tuan rumah pada minit ke-66 melalui tandukan padu hasil hantaran silang Mazlizam Mohamad.- Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.