Info Terkini :

Azraai Mahu T-Team Berpijak Dibumi Nyata


Ketua Jurulatih TTeam Azraai Khor menurunkan tandatangan di kalendar 2014 sambil diperhati oleh Penolong Jurulatih Azlan Johar. Gambar: T-Team FC

KUALA TERENGGANU - Berpijak di nyata. Pengendali T-Team, Mohd. Azraai Khor Abdullah enggan meletakkan sasaran tinggi menjelang sepak mula Liga Super minggu depan.

Sebaliknya, bekas jurulatih Kedah dan Negeri Sembilan itu mahu bersikap lebih realistik apabila sekadar menyasarkan kedudukan lima terbaik musim ini.

"Kita (T-Team) kena berdepan dengan realiti. Kita tak ada pemain yang mempunyai nama besar dalam pasukan dan rata-rata pemain yang menganggotai skuad kali ini merupakan pemain skuad Piala Presiden T-Team.

"Bagaimanapun, saya tetap menjangkakan saingan kali ini lebih seimbang dengan adanya beberapa pasukan yang perlu diberi tumpuan, termasu Johor Darul Ta'k'zim, Selangor serta Pahang yang muncul juara Piala Malaysia musim lalu," katanya pada majlis ramah mesra skuad T-Team bersama peminat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) di sini kelmarin.

Mengulas lanjut mengenai persiapan pasukan khususnya menjelang aksi pembuka tirai saingan Liga Super menentang Selangor di gelanggang lawan pada 18 Januari ini, Azraai berkata, beliau terpaksa membuat beberapa rombakan kecil memandangkan terdapat beberapa pemain yang masih dibelenggu kecederaan termasuklah dua pemain import, Evaldo Goncalves dan Nelson Sam Martin.

Bagaimanapun, beliau masih menyimpan harapan agar kedua-dua pemain itu dapat diturunkan pada perlawanan tersebut kerana dimaklumkan bahawa tahap kecederaan yang menimpa mereka tidak begitu serius.

"Saya juga menyedari bahawa kita perlu memperbaiki beberapa kelemahan dalam pasukan terutamanya di bahagian serangan sebelum turun menentang Selangor kerana kita tidak mempunyai penggempur tempatan yang benar-benar berwibawa ketika ini.

"Sebab itulah dalam banyak perlawanan persahabatan sebelum ini, kita mencuba pelbagai gandingan di bahagian serangan, termasuk Azlan (Ismail), Zul (Mohd. Ramzul Zahini Adnan) dan Hattaphon (Bun An) untuk mencari gandingan terbaik," ujarnya lagi.

Senarai penuh pemain T-Team dijangka diketahui selepas Majlis Menandatangani Kontrak Pemain dan Memperkenalkan Jersi bersama pasukan Terengganu di SSINS di sini, esok. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.